HYE ! kawan-kawan blog lina , terima kasih kerana sudi membaca segala yang diupdate kat blog lina ni . sory sebab lina macam tak berapa nak peduli blog lina yang dah berhabuk ni . 1 kali 1 bulan kot lina update blog , haha ~ macam apetah . Perasan tak lina suke update blog tentang C I N T A ? umm , sebab lina penuh dengan kisah cinta . nak share pun sebulan sekali sebab malas nak type-type nihh . hehe
Apa itu CINTA ?
cinta kepada ALLAH ?
cinta kepada rasul ?
cinta kepada ibu bapa ?
cinta kepada kawan-kawan ?
cinta kepada kekasih ?
sesungguhnya cinta itu penuh dengan keikhlasan , kasih sayang , dan juga pengorbanan .
tetapi kenapa wujud cinta kepada kekasih ? perlu ke ? sedangkan sebaik-baiknya cinta . cinta selepas berkahwin . sekarang aku tertanya-tanya masih wujudkah remaja pada zaman moden ni yang belum pernah bercinta . memang tipulah kalau remaja zaman sekarang tak penah cinta kepada seseorang . aku pun mengaku aku pernah bercinta tetapi hanya sekali . dan kini aku dah tak sanggup untuk bercinta . aku pun tak tahu kenapa aku tak mahu lagi bercinta , mungkin sebab aku mencintai seseorang tetapi hanya bertepuk sebelah tangan . ye , aku redha mungkin itu ketentuan ilahi . aku sanggup tengok dia bahagia walaupun sebenarnya luluh hati aku bila lihat dia bermesra-mesra . aku percaya dia bukan untuk aku . aku selalu tengok orang yang bercinta ni , memang sweet tak terkata lah kan .tipu lah aku tak cemburu , aku pun nak jugak rasa disayangi , dicintai . walaupun ada orang mencintai aku , aku tak boleh untuk membalas cintanya . aku pun tak tahu kenapa . mungkin kerana aku terlalu mencintai dia dan tak boleh untuk menerima cinta yang lain . aku tertanya-tanya , bilakah semua ini akan berakhir ? bila lah tiba masanya aku melepaskan dia pergi dengan tanpa aku rasa cemburu . aku sangat menanti saat itu . aku dah tak sanggup diselubungi dengan perasaan cemburu .
Ya Allah bantulah hambamu ini untuk melepaskan dia pergi . Amin ~
No comments:
Post a Comment